Orang ramai yang berada dekat sebuah stesen minyak di Taman Melati, Kuala Lumpur gempar apabila seekor ular sawa ditemui disitu.

Ular sawa sepanjang lapan kaki ditemui menyelinap masuk dalam pam minyak sekitar jam 12:39 tengah hari, 20 September.

Seramai lapan orang anggota pasukan Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju dikejarkan ke tempat kejadian bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT).
Ular sawa berkenaan berjaya ditangkap jam 12:44 dan tiada mangsa yang dilaporkan terlibat.
Terdahulu, seekor ular sawa juga ‘menyerah’ diri kepada pasukan bomba dan penyelamat Wangsa Maju, Kuala Lumpur minggu lalu.
Sumber: Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju KL
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.