Ular secara umumnya membiak secara bertelur dengan bilangan telur yang mungkin mencecah berpuluh biji pada satu-satu masa. Telur ular diletakkan sama ada dalam lubang bawah tanah, dicelah kayu atau dibawah timbunan daun kering.
Namun sebahagian daripada spesis ular seperti ular kadut belang, ular pucuk dan ular bangkai laut membiak dengan cara melahirkan anak. Hampir 30% spesis ular sebenarnya membiak dengan cara melahirkan anak.

Ular yang melahirkan anak kebiasaannya tinggal di kawasan-kawasan beriklim sejuk. Tanah dikawasan ini menyukarkan ular untuk menetaskan telur, menyebabkan telur dieram dalam badan hingga menetas, seterusnya kepada proses melahirkan anak ular.

Rakaman berikut menunjukkan beberapa spesis ular, seperti ular Kenyan Boa yang sedang melahirkan anak.



Sumber: Youtube
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.