Berapa lamakah anda pernah tersangkut dalam kesesakkan traffik? 1 jam? 2 jam?
Di Beijing, China, kesesakkan trafik paling teruk pernah direkodkan bukanlah 1 atau 2 jam, tetapi adalah selama 264 jam, atau bersamaam 11 hari lamanya!
Dipetik dari ABC News, terdapat lebih daripada 10,000 kenderaan dan kebanyakkanya adalah lori trak, bersesak-sesak di lebuhraya Beijing-Tibet sejauh lebih 100km.
Punca kepada kesesakkan ini adalah disebabkan kerja-kerja baik pulih jalan yang dilakukan, menyebabkan banyak lorong terpaksa ditutup. Disebabkan pernambahan kenderaan juga menyebabkan lebuhraya menjadi terlalu sesak, memakan masa sehingga 11 hari untuk pulih.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.