Memang tidak dinafikan kucing adalah haiwan yang sangat comel, bijak dan mempunyai personaliti yang unik. Namun, hanya pemilik kucing sahaja yang faham dengan keadaan bilamana bulu kucing berterbangan kesana-sini hingga melekat pada baju.
Pemilik kucing baka Scottish ini telah menemui cara unik untuk menguruskan bulu-bulu kucing yang gugur, iaitu dengan mengait bulu-bulu ini menjadi topi.
Kucing-kucing yang diberi nama Nyaa, Mar dan Mugi milik Ryo dan Hiromi dari China ini nyata menarik perhatian ramai dengan koleksi topi-topi yang dibuat daripada bulu mereka yang gugur. Comel betul!
Sumber: @rojiman
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.