Musim panas yang melanda beberapa negeri sejak beberapa minggu lalu telah menyebabkan suhu kering dan ada kawasan didapati mengalami jerebu.

Buat mereka yang mempunyai penghawa dingin dirumah, ramai juga yang masih keliru dengan simbol pada alat kawalan jauh air-cond masing-masing.
Dipetik dari Facebook Jabatan Netizen Malaysia, berikut adalah cara bagi membezakan antara dry mode atau cool mode.

Tips ringkas aircond
Selalunya pengguna aircond terkeliru dengan perbezaan antara dry mode dan cool mode. Biasanya pada alat kawalan jauh dry mode ditunjukkan dengan lambang titisan air manakala cool mode dengan lambang empingan salji.
Untuk penjimatan tenaga yang efisen, kami galakkan korang gunakan dry mode kerana untuk mod ini kompressor tidak berlari pada kadar maksimum untuk menyejukkan ruang.
Sensor akan mengesan perubahan suhu dan mengekalkan suasana nyaman dengan kadar kelembapan sebanyak 60% sahaja dalam ruang udara. Dan yang paling penting korang pun tak mudah selesema..
Cubalah.
#JabatanNetizenMalaysia
Ada sesiapa yang biasa guna kedua-dua fungsi ini?
Sumber: Facebook Jabatan Netizen Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.