Jualan tiket masuk ke Zoo Melaka mencatatkan kutipan lebih RM800,000 dengan kira-kira 10,000 pengunjung dalam tempoh 16 hari selepas kembali beroperasi bermula 1 Okt lalu.
Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman memaklumkan kehadiran pengunjung ke zoo tersebut mencecah lebih 1,000 orang sehari.
“Kita dapat lihat peningkatan jumlah pengunjung ke Zoo Melaka setiap hari bermula 1 Okt lepas hingga semalam dengan kebanyakan datang dari luar Melaka seperti Johor dan Kuala Lumpur.
“Kita jangka jumlah pengunjung akan terus meningkat terutama pada hujung minggu, kerana Night Safari telah dibuka semula setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad,” katanya.
Tambahnya, pihak pengurusan Zoo Melaka menitikberatkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat sepanjang pengunjung berada di zoo.
Malah, hanya 800 orang sahaja dibenarkan berada di dalam zoo pada satu-satu masa bagi memastikan penjarakan fizikal dapat dipatuhi pengunjung.
Sumber: Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.