Selepas aplikasi pesanan telefon pintar terkemuka WhatsApp memuatnaik terma dan syarat baharu mereka pada Rabu lalu, ramai pengguna mula beralih arah dan memuatnaik aplikasi lain seperti Signal dan Telegram.
Whatsapp sebelum ini telah meletakkan terma dan syarat baharu kepada pengguna termasuk nombor telefon dan lokasi bagi membolehkan ia berkongsi lebih banyak maklumat dengan syarikat induknya, Facebook, termasuklah membenarkan pengiklanan dilakukan pada aplikasi permesejan popular itu.
Terma dan syarat ini bagaimanapun telah mencetuskan kritikan ramai yang mempersoalkan terma baharu tersebut.
Ekoran daripada itu, ramai yang mencadangkan pengguna untuk mula menggunakan aplikasi lain seperti Signal atau Telegram.
Ia termasuklah pengasas SpaceX dan Tesla, Elon Musk serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter, Jack Dorsey yang mencadangkan penggunaan Signal sebagai ganti kepada WhatsApp.
Kesan daripada pengaruh ini jugalah menyaksikan pertambahan bilangan pengguna baharu yang memuat turun aplikasi Signal, dengan 7.5 juta pengguna serata dunia antara 6 hingga 10 Januari lalu.
Sumber: CNBC
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.