‘Teaser’ untuk musim kedua drama Squid Game akhirnya dilancarkan Netflix yang disertakan mesej daripada pencipta, penulis, pengarah dan penerbit eksekutif Hwang Dong-Hyuk, pada Isnin.
Menerusi video tersebut, teaser itu jelas memaparkan babak dalam salah satu permainan ngeri yang dimainkan dalam Squid Game.
Pengarah drama tersebut, Hwang Dong-Hyuk terharu dengan drama yang hanya mengambil masa 12 hari berbanding 12 tahun untuk musim pertama Squid Game tahun lepas.
“Sebagai penulis, pengarah dan penerbit Squid Game, laungan besar kepada peminat di seluruh dunia. Terima kasih kerana menonton dan menyukai rancangan kami,” katanya.
Malah, beliau juga mengusik dengan mendedahkan bahawa watak protagonis Seong Gi-hun (Lee Jung-jae) dan antagonis bertopeng Front Man (Lee Byung-hun) akan kembali.
Drama yang mendapat tontonan lebih 1.65 bilion jam dalam masa empat minggu pertama tayangannya kini dalam proses pembikinan bagi episod berikutnya untuk musim kali ini.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.