Beberapa minggu lalu, tandas di Terengganu diiktiraf sebagai tandas paling bersih di Asia Tenggara. Kini, sebuah sekolah di Perak pula tular kerana menggunakan teknologi pada tandas mereka.
Pelajar dari SK Tanah Hitam kini diwajibkan untuk scan kad pengenalan diri mereka sebelum masuk dan keluar dari tandas.
Sistem yang dikenali sebagai ‘Touch N Toilet’ ini telah diperkenalkan sejak tahun lalu menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID), membolehkan guru mengesan berapa kali pelajar mereka menggunakan tandas.
Tambah lagi, tandas mereka juga dilengkapi dengan kamera CCTV. Menurut guru besar SK Tanah Hitam, ini adalah bertujuan bagi membendung gejala buli dalam kalangan pelajar, khususnya dikawasan tersorok seperti dalam tandas.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.