Pernah diiktiraf sebagai taman tema ketiga terbesar di Asia Tenggara, Safari Lagoon pertama kali dibuka pada umum pada tahun 1998 di Pandan Perdana, iaitu diantara Cheras dan Ampang.
Patung zirafah dan pokok-pokok yang tumbuh di atas bangunan Pandan Safari Parade pasti menjadi perhatian buat mereka yang sering menggunakan MRR2.
Taman Tema Safari Lagoon ini dahulunya menggunakan konsep hutan dalam bandar dengan pelbagai kemudahan dan tarikan seperti gelongsor air, kolam berombak dan taman untuk kanak-kanak.
Walaubagaimana pun, terdapat beberapa insiden dan kejadian yang tidak dapat dielakkan berlaku sekitar tahun 2007, menyebabkan taman tema ini terpaksa ditutup sepenuhnya.
Sumber: Youtube Faizal Rozi Vlogs, neoseven07, Utusan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.