Pasti ramai di dalam kalangan kita yang akan menyidai baju di dalam rumah selepas basuh terutamanya ketika waktu malam.
Kebiasaannya, individu yang menyidai baju di dalam rumah ini tidak mempunyai ampaian atau tinggal di pangsapuri yang sukar untuk ada ruang untuk menyidai baju di luar.
Malah, pelbagai alasan yang diberikan untuk menyidai baju di rumah seperti tiada masa, susah untuk menunggu atau sibuk bekerja tetapi ia sebenarnya tidak baik untuk kesihatan diri dan keluarga yang kita tidak nampak.
Ini antara sebab tidak elok sidai baju di dalam rumah dan kesannya yang perlu kita tahu.
#1 - Penyebab Kanser
Jika anda suka guna pelembut kain selepas mencuci pakaian kerana bau yang wangi, perlu tahu kandungan acetaldehydes yang tinggi menjadi sebab utama penyakit kanser. Lebih elok cuba elak menjemur kain di dalam rumah kerana berbahaya jika anda selalu sedut udara tersebut.
#2 - Pengaruh Alergi
Udara yang terperangkap di dalam rumah boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria. Kalau anda yang ada masalah kulit, kena belajar elak jemur kain di dalam rumah, ya. Sebab ini salah satu faktor utama anda mengalami alergi (ruam) dan masalah gangguan pernafasan.
#3 - Beracun
Pernah tidak anda basuh kain dan terlupa nak sidai dan akhirnya kain yang dibasuh bertukar bau jadi busuk walaupun pakaian sudah direndam pelembut. Ya, itulah racun. Hanya dalam jangka waktu tertentu, udara yang disedut memberi kesan buruk kepada kesihatan anda tanpa disedari.
#4 - Penyakit Asma
Pengeringan pakaian di dalam ruangan akan meningkatkan kelembapan ruangan dan menyebabkan kenaikan debu. Ini adalah satu alasan utama penyebab asma dan alergi.
#5 - Lemahkan Sistem Ketahanan Badan
Boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh kalau selalu amal jemur kain dalam rumah. Jadi tidak pelik kalau anda cepat selesema, demam atau mungkin diserang pelbagai penyakit lain.
Jalan penyelesaiannya, anda boleh sediakan tempat jemuran di luar rumah. Kalau tiada tempat sangkut, cuci kering lagi selamat.
Sumber: Petua Ibu
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.