Ahmad Syihan Hazmi, penjaga gol untuk Harimau Malaya secara rasminya pada hari ini telah diumumkan sebagai pemain baru untuk pasukan Johor Darul Ta’zim. Pengumuman itu dipaparkan pada video yang dimuatnaik oleh Johor Southern Tigers di laman rasmi Instagram mereka.
Ahmad Syihan Hazmi bakal menggunakan jersi nombor 33 untuk saingan Liga Malaysia musim ini. Pengumuman Syihan sebagai penjaga gol JDT adalah bagi menggantikan Izham Tarmizi Roslan yang dipinjamkan ke Sri Pahang FC.
Sumber: Utusan Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.