Seorang wanita berkongsi di laman media sosial bahawa dia berkahwin dengan suaminya yang mempunyai waktu dan bandar kelahiran yang sama.
Menerusi hantaran di laman TikTok, pengguna bernama @sakilagustina mendedahkan maklumat berkenaan sehingga tular di Indonesia.
Malah, ramai yang menganggap mereka itu diibaratkan pasangan kembar yang berlainan ibu kerana mempunyai persamaan waktu dan tempat kelahiran.
Pasangan tersebut berkongsi tarikh, tahun dan tempat lahir yang sama iaitu 6 Ogos 1994 di Sukabumi, Jawa.
“Kembar berbeza ibu dengan suami. Kami lahir pada tarikh dan tahun yang sama, waktu yang sama dan di bandar yang sama.
“Yang berbeza hanyalah hospital. Ada yang begini juga?,” katanya.
Rata-rata warganet seakan tidak percaya ada individu yang mempunyai persamaan seperti itu dan mereka adalah pasangan hidup.
“Kalau sudah jodoh tidak ke mana,” komen seorang warganet.
“Sangat ajaib, semoga kekal sehingga ke akhir hayat,” kata seorang warganet.
Setakat ini, video itu mendapat lebih 800,000 ribu tontonan di laman media sosial TikTok.
Sumber: Suara.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.