Buat peminat hidangan 'vietnam roll' pasti dapat membayangkan keenakkan hidangan ini yang penuh dengan bahan seperti udang, ketam dan sayuran segar, digulung bersama menggunakan rice paper.

Bagaimanapun, seorang pembeli terkejut selepas menemui seekor siput hidup dalam hidangan berkenaan ketika mahu memotong vietnam roll itu menggunakan sudu.

Menerusi video yang dikongsikan, siput berkenaan dilihat masih bergerak di atas pinggan dan berada dalam keadaan baik walaupun dibungkus bersama bahan-bahan yang lain.

Rata-rata warganet meluahkan rasa geli dengan kehadiran siput itu sambil menyatakan bahawa peniaga berkenaan tidak menjaga kebersihannya ketika menyediakan vietnam roll.
Sumber: Suhailla Az Zahra via MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.