Ketika banyak negara sedang melaksanakan perintah kawalan dan menyebabkan manusia untuk duduk dirumah, banyak haiwan dilihat mula selesa untuk keluar dan menyesuaikan diri dengan alam sekitar.
Kejadian berlaku di Afrika Selatan apabila beberapa ekor singa dilihat mengambil alih jalan raya dengan berbaring selesa.

Menurut CNN, foto daripada Taman Negara Kruger di Afrika Selatan itu jelas menunjukkan sekumpulan singa itu langsung tidak terganggu dengan kehadiran jurugambar.

Malah, laman Twitter rasmi Kruger National Park turut melaporkan bahawa sekumpulan singa itu biasanya akan berada di Taman Negara Kontrak Kempiana, iaitu satu kawasan yang tidak dapat dilihat oleh pelancong.

Bagaimanapun, sejak pelaksanaan lockdown di Afrika Selatan, singa berkenaan dilihat selesa berbaring di atas jalan kerana tiada kerena yang melintas pada waktu ini.
Dalam perkembangan lain, seekor monyet sempat dirakam bermain layang-layang ketika pelaksanaan perintah berkurung di India, baru-baru ini.
Sumber: CNN
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.