Menerusi Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019: Penyakit Tidak Berjangkit Dan Permintaan Jagaan Kesihatan (NHMS 2019) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), lebih 50 peratus orang dewasa di Malaysia mengalami masalah obes atau berat badan berlebihan.

Dalam satu pembentangan yang dibuat oleh KKM, masalah diabetes di Malaysia meningkat daripada 13.4 peratus pada 2015, kepada 18.3 peratus pada tahun 2019.
Malah, satu daripada dua rakyat Malaysia juga mengalami masalah boroi yang akan mengakibatkan masalah kesihatan lain seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, hati berlemak dan juga masalah metabolisma.

Berikut adalah antara 7 perkara penting yang perlu anda tahu daripada pembentangan NHMS 2019:
1. Diabetes mengalami peningkatan yang membimbangkan di Malaysia, dari 13.4 peratus pada tahun 2015 kepada 18.3 peratus pada tahun 2019.
2. Lebih 50 peratus orang dewasa di Malaysia berlebihan berat badan atau obes.
3. 95 peratus orang dewasa di Malaysia tidak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi.
4. Peningkatan prevalen masalah bantut di kalangan kanak-kanak berumur kurang daripada 5 tahun daripada 17.7 peratus pada tahun 2015 kepada 21.8 peratus pada tahun 2019.
5. 35 peratus orang dewasa didapati mempunyai tahap literasi kesihatan yang rendah.
6. Majoriti penduduk menggunakan perkhidmatan jagaan kesihatan di sektor awam. Sebanyak 76 peratus daripada penggunaan perkhidmatan jagaan kesihatan pesakit dalam (inpatient), 64 peratus daripada perkhidmatan jagaan kesihatan pesakit luar (outpatient), dan 80 peratus daripada perkhidmatan jagaan kesihatan pergigian adalah di sektor kerajaan.
7. 46 peratus penduduk di Malaysia dan 71 peratus daripada kumpulan 20 peratus termiskin tidak mempunyai sumber pembiayaan kesihatan tambahan, selain daripada pembiayaan kesihatan kerajaan sedia ada.
Sumber: Awani / Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.