Arab Saudi mendapat kejutan tahun baru apabila dituruni dengan salji di kawasan barat laut Arab Saudi.
Penduduk sekitar dan orang awam juga tidak melepaskan peluang ke rantau Tabuk, dekat sempadan Jordan ketika melihat padang pasir tandus dihiasi hamparan salji putih pada 1 Januari lalu.
Malah, Banjaran Gunung Jabal Al-Lawz di Tabuk sudah menjadi kebiasaan salji turun di kawasan itu ketika musim sejuk.
Menurut Faris Al-Harbi, seorang jurutera dan membesar di Tabuk memaklumkan fenomena ini sering berlaku ketika suhu menjunam dan musim sejuk merupakan saat indah bagi penduduk tempatan.
“Setiap tahun, kami menunggu salji turun supaya kami dapat menikmati hidangan kabsa yang dimasak di atas salji oleh ibu saudara kami. Ia sudah menjadi tradisi keluarga ini,” katanya.
Selain itu, kawasan pergunungan di utara Arab Saudi seperti Turaif, Tabuk, Arar, dan Rafha juga menjadi kawasan tumpuan turunya salji ketika musim sejuk melanda.
Namun, Pusat Meteorologi Kebangsaan menjangkakan berlakunya ribut petir dan angin kuat di Asir, Jazan, Al-Madinah, Hail, dan Tabuk manakala salji dijangka turun dengan lebih banyak.
Sumber: The National News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.