Pernahkah anda lepas seharian suntuk bermain game pada telefon bimbit, dan merasa sakit pada jari-jemari seperti jari ibu serta lengan?
Pelik juga, sedangkan tidak pernah pula terjatuh atau terseliuh sebelum ini, tetapi jari mula rasa berdenyut-denyut, malah kerap juga merasa sakit. Meskipun sudah makan ubat tahan sakit, ia tetap terasa kesakitannya.
Memetik laporan Sinar Plus, pakar fisioterapi, Nurul Farahena Ahmad berkata, orang ramai diingatkan tidak mengabaikan sakit ini, lagi-lagi jika sudah ada simptom seperti itu.
Besar kemungkinan, ia adalah tanda awal bagi masalah sindrom de quervain tenosynovitis, iaitu masalah berkaitan tendon atau sendi yang membengkak.
Masalah pada bahagian tendon ini terjadi apabila wujud aktiviti menggunakan ibu jari atau tangan secara berulang, termasuklah bermain game, berkebun, dan melakukan aktiviti sukan.
Kecederaan secara langsung pada lengan atau tendon ini boleh menyekat pergerakan, seterusnya berlaku komplikasi lain seperti radang sendi.
Dapatkan pemeriksaan lanjut dengan kadar segera jika anda mempunyai tanda-tanda seperti yang dinyatakan. Jangan biarkan ia melarat sehingga menjejaskan sendi lain.
Sumber: Sinar Plus
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.