Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Hu yang bekerja di sebuah kilang simen di Chongyang, wilayah Hubei, China, mengadu sering sakit kepala.
Namun, misteri sakit kepala dan rasa pening yang dialami pekerja kilang ini akhirnya terjawab apabila doktor menemui paku sepanjang 48 milimeter di dalam kepalanya.
Imbasan CT menunjukkan terdapat paku terbenam dalam bahagian kanan kepalanya dan ia membuatkan doktor rasa pelik kerana keadaan kesihatan Hu agak baik dan bacaan tekanan darahnya juga normal.
“Saya tidak tahu bagaimana paku itu boleh berada di dalam kepala. Tugas saya di kilang hanyalah memantau kamera pengawasan di kilang.
“Kerja yang saya lakukan langsung tidak ada kena-mengena dengan penggunaan paku,” katanya.
Sumber: SCMP
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.