Romeo Beckham teruja dapat beraksi dalam penampilan sulungnya dalam bola sepak profesional untuk pasukan Amerika, Fort Lauderdale.
Pasukan Fort Lauderdale yang dimiliki bapanya, David Beckham dilihat mencungkil bakat-bakat bola sepak baharu termasuklah anaknya.
Anaknya yang merupakan seorang model beraksi sebagai pasukan simpanan Inter Miami dalam Major League Soccer pada awal bulan ini sebelum menyertai pasukan Fort Lauderdale.
Menerusi hantaran di laman Instagramnya, Romeo dilihat berkongsi foto ketika tampil di padang dan memaklumkan kerjayanya kini ke arah sukan bola sepak.
Biarpun menempa nama dalam dunia fesyen, model berusia 19 tahun itu tekad untuk fokus dalam bidang sukan bola sepak sebagai satu titik permulaan buatnya.
Untuk rekod, kerjaya Romeo dalam bidang fesyen bermula seawal usianya 10 tahun lagi.
Rata-rata warganet menyokong kerjayanya yang terbaharu ini dan bapanya David turut meluahkan rasa bangga atas kejayaan anaknya yang komited untuk fokus ke bidang sukan.
“Sangat bangga dengan kamu,” tulisnya di ruangan komen.
Kredit Foto @romeobeckham
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.