Kejadian yang berlaku di Wilayah Gansu, China baru-baru ini menunjukkan tembok pasir setinggi lebih 100 meter dilihat ‘menelan’ seluruh bandar Zhangye.
Video yang dimuatnaik menerusi laman Youtube ini berlaki pada Ahad lalu, seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Meteorologi China.
Ribut berkenaan bergerak pada kelajuan 17 meter sesaat dan telah menghancurkan bangunan, orang awam dan kereta dengan lapisan debu serta pasir yang tebal.
Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak berkuasa mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati kerana kebakaran mungkin tercetus akibat daripada persekitaran yang kering.
Satu lagi ribut pasir kini dijangka melanda Beijing dari barat laut, menurut agensi Xinhua.
Sumber: CGTN
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.