Sebuah restoran di Jeddah diarah tutup apabila tindakan pemiliknya yang melakukan proses membuat kuih samosa dan snek makanan lain di dalam tandas sejak lebih 30 tahun lalu terbongkar.
Pihak berkuasa Arab Saudi membuat serbuan hasil maklumat yang diterima ke atas restoran yang beroperasi dalam sebuah bangunan kediaman.
Kesemua pekerja restoran juga melanggar undang-undang bangunan kediaman, tidak memiliki kad kesihatan dan pelbagai kehadiran makhluk perosak, serangga dan tikus turut dikesan di tapak tersebut.
Malah, lebih menjijikkan apabila restoran itu didakwa turut menggunakan daging, ayam dan keju yang sudah tamat tempoh lebih dua tahun lalu.
Hasil serbuan juga telah merampas dan memusnahkan lebih daripada satu tan bahan makanan sejak awal tahun ini.
Sumber: Kosmo
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.