Kebanyakkan daripada kita merasa sukar untuk berurusan di Jabatan Imigrisen kerana kekangan masa. Jika ada masa sekalipun, mungkin anda perlu menunggu nombor giliran yang agak lama.
Tetapi tahukah anda kita boleh perbaharui pasport kita itu secara atas talian? Sistem ini sudah diperkenalkan kepada umum sejak dua tahun lalu.
Dipetik daripada portal Jabatan Imigresen Malaysia, permohonan atas talian ini membolehkan pengguna membuat pembaharuan secara atas talian. Pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar passport yang disenaraikan dalam sistem. Tarikh dan masa pengambilan passport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.
Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.