Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

Kak Cik Yah Pempengaruh

Dua Remaja Malaysia Ini Antara 1,980 Pelajar Terpilih Masuk Harvard Batch 2024!

Dua remaja terbabit adalah Aqil dari Shah Alam, dan Zad dari Ipoh, Perak. Tahniahhhh!
Editor
22 May 2020, 07:00 AM

Bukan mudah untuk bersaing dengan pelajar dari seluruh dunia untuk memasuki universiti yang berstatus Ivy League dan 10 terbaik dunia di Amerika Syarikat iaitu Harvard College.

Namun itu bukanlah satu perkara yang mustahil selepas dua orang remaja dari Malaysia ini terpilih bersama-sama 1,980 pelajar lain di seluruh dunia.

dua remaja malaysia ini antara 1,980 pelajar terpilih masuk harvard batch 2024!

Dua orang pelajar yang dikenali sebagai Mohamed Aqil bin Azmi dari Shah Alam dan Zad Chin Qi Qi dari Ipoh, telah diterima masuk ke Harvard College bagi mengikuti jurusan sarjana muda.

Kedua-dua pelajar itu kini sedang mengikuti program A-level sebagai persediaan ke sana di Kolej Yayasan UEM Banting, dengan kedua-dua mereka adalah penerima biasiswa daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Yayasan Khazanah.

Aqil sebelum ini merupakan pelajar di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah Shah Alam, manakala Zad pula pelajar SMJK Ave Maria Convent, Ipoh.

Bagi kemasukan batch 2024 ini, dilaporkan sebanyak 40,248 orang calon telah cuba menghantar permohonan dan hanya 1,980 yang berjaya menempatkan diri. Daripada jumlah itu juga, 10.8 peratus sahaja merupakan pelajar antarabangsa, iaitu pelajar bukan warganegara Amerika Syarikat. Jadi, bayangkanlah saingan yang perlu dilalui oleh Aqil dan Zad.

Untuk rekod juga, kali terakhir pelajar dari Malaysia diterima masuk ke Harvard adalah pada tahun 2017.

Tahniah Aqil dan Zad!

dua remaja malaysia ini antara 1,980 pelajar terpilih masuk harvard batch 2024!

Sumber: Remaja / The Harvard Club of Malaysia

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us