Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Hanya 40 Minit Sehari Masa Diberikan Remaja Di China Untuk Melayari TikTok

Langkah ini diambil bagi mengawal ketat penggunaan media sosial dalam kalangan remaja di China.
Muhammad Izwan Zainal
30 Sep 2021, 06:00 PM

Kanak-kanak di bawah umur 14 tahun di China akan diberikan masa terhad sebanyak 40 minit sehari sahaja untuk melayari platform media sosial Douyin atau TikTok.

Arahan terbaharu itu dikeluarkan kerajaan China bagi membendung remaja daripada terlalu obses dengan media sosial itu.

hanya 40 minit sehari masa diberikan remaja di china untuk melayari tiktok

Memetik laporan Metro UK, syarikat teknologi ByteDance di bawah peraturan Mod Belia telah meletakkan had masa tersebut bagi pengguna berdasarkan umur yang didaftarkan media sosial itu.

Malah, tempoh masa yang diberikan kanak-kanak untuk menggunakan TikTok itu hanya dari 6 petang hingga 10 malam sahaja.

hanya 40 minit sehari masa diberikan remaja di china untuk melayari tiktok

Tambahnya, hanya video berkaitan pendidikan seperti sejarah dan eksperimen saintifik akan dipaparkan bagi pengguna di bawah Mod Belia dalam butang carian mereka.

“Kami akan lebih tegas berkenaan penggunaan aplikasi kami dalam kalangan remaja. 

“Kami juga akan bekerja lebih keras dalam menyediakan kandungan video lebih berkualiti supaya golongan belia boleh mempelajari sesuatu yang berguna tentang dunia,” kata syarikat ByteDance, pemilik laman media sosial TikTok.

hanya 40 minit sehari masa diberikan remaja di china untuk melayari tiktok

Setakat ini, Douyin atau TikTok tiada had umur pendaftaran yang minimum tetapi kebenaran ibu bapa atau penjaga mesti diberikan bagi sesiapa yang berumur di bawah 18 tahun.

Arahan terbaharu ini dilakukan sebagai langkah untuk kawalan ketat China mengenai jumlah teknologi yang boleh digunakan oleh golongan muda masa kini.

Sumber: Metro UK
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}