Jurutera dan saintis kini sibuk memikirkan cara bagaimana untuk mengurangkan penggunaan tenaga bakar dalam kehidupan seharian kita. Kapal terbang, misalnya, antara kenderaan yang menggunakan banyak bahan bakar seperti petrol dan gas bagi melakukan satu-satu penerbangan.
Disebabkan itu, Netherland KLM Royal Dutch Airlines bersama-sama Delft University of Technology telah mereka bentuk sebuah pesawat moden yang mempunyai bentuk unik. Yang penting, pesawat ini nanti juga mampu menjimatkan bahan bakar sebanyak 20% daripada pesawat komersial masa kini.
Pesawat berbentuk V itu juga mampu memuatkan penumpang yang ramai, sama seperti sebuah Airbus A350, cuma bezanya penumpang pada pesawat V ini akan duduk pada bahagian sayapnya.
Walaupun ia masih lagi dalam peringkat cadangan, ia dijangka membuat penerbangan pertama pada tahun 2040 dan 2050.
Tak sabar nak tengok dia terbang!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.