Sukan Olimpik Tokyo 2020 pastinya menjadi tumpuan seluruh dunia dan para media juga akan berkumpul untuk memberikan informasi terkini atlet-atlet tempatan yang sedang beraksi untuk negara.
Baru-baru ini, seorang wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dengan bersahaja menari aksi Tik Tok di belakang rakan wartawannya, Syakirah Zulkifly yang sedang membuat lintas langsung.
Syakirah pada permulaannya tenang menyampaikan laporan terkini sukan untuk atlet Malaysia di Tokyo 2020 tetapi tumpuan beralih seketika apabila muncul dua orang rakannya melakukan aksi Tik Tok di belakangnya.
Aksi spontan Zulhelmi dilihat sangat bersahaja sehingga ramai yang tidak menyangka mereka semua merupakan krew Astro Arena yang sedang bertugas di Jepun.
Video itu tular di laman media sosial Tik Tok, malah warganet di Indonesia dan Thailand juga mendapat tumpuan terhadap video tersebut.
Rata-rata warganet terhibur dan geli hati dengan aksi yang ditunjukkan mereka di dalam video berkenaan.
“Bukan main lagi, buat tik tok sampai masuk TV,” komen warganet.
“Sempat lagi eh menari kat belakang tu, orang tengah buat siaran langsung hahahaha,” komen pengguna Tik Tok.
Setakat ini, video itu meraih lebih 5 juta tontonan di laman Tik Tok Zulhelmi Zainal Azam dan 690,000 ribu tanda suka.
Follow Tik Tok rasmi ERA @era.je
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.