Baru-baru ini, tular dilaman sosial apabila air di Greenland dilaporkan mencair dan mengalirkan kira-kira 12 bilion tan ais dalam tempoh 24 jam.
Ais mencair itu dikatakan hampir sama dengan empat juta kolam renang bersaiz Olimpik.
Kejadian berpunca akibat daripada pemanasan suhu di seluruh dunia pada tahun ini, sedangkan musim glasier mencair adalah pada akhir Mei hingga Ogos. Namun tahun ini ia bermula pada awal bulan Mei.
Keadaan suhu yang meningkat sejak akhir-akhir ini dijangka menyebabkan ais di Greenland yang kedua terbesar di dunia mulai hilang kira-kira 60 hingga 70 bilion tan pada akhir tahun ini.
Rakaman air deras yang sama telah dirakamkan oleh Laurie Gibbett dan telah ditonton lebih 3.73 juta kali dengan lebih 53 ribu retweet di Twitter.
Terdahulu, aisberg terbesar di dunia dengan saiz lebih satu trillion, juga dilaporkan sedang bergerak di kawasan Semenanjung Antartik.
Baca: Aisberg Terbesar Dunia Berat Lebih Satu Trilion Kini Sedang Bergerak
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.