Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Niat Beli Baju Raya ‘Terkubur’, Pengantin 3 Bulan Maut Dalam Kemalangan

ROSTAM, Mohamad Firdaus
17 Mar 2025, 09:54 AM

niat beli baju raya ‘terkubur’, pengantin 3 bulan maut dalam kemalangan

Foto: IPD Batu Pahat

Sepasang suami isteri dilaporkan meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 128.3, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), kelmarin, baru tiga bulan mendirikan rumah tangga.

Allahyarham Mohamad Shahrul Nizam Ali, 24, dan isterinya, Norsuhada Kartika Razak, 23, mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu dan bersanding 4 Januari lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, ibu saudaranya, Nur Nabila Huda Syawal, 23, pasangan itu baru tiga bulan mendirikan dan bersanding pada 4 Januari.

"Masuk bulan ini, usia perkahwinan arwah Shahrul Nizam masuk tiga bulan. Terlalu singkat pertemuan mereka. Allah pinjamkan mereka seketika sebelum menjemput kedua-duanya pulang ke negeri abadi secara bersama," katanya ketika dihubungi.

Menurut Nur Nabila lagi, berita sedih itu diterima ahli keluarga sekitar jam 9 pagi melalui kenalan kepada arwah Mohamad Shahrul.

Katanya, sehari sebelum kejadian, Mohamad Shahrul bekerja sebagai penyelia sebuah ladang sawit di Mersing bertandang ke rumah ahli keluarga mereka dan memberitahu mahu ke Kuala Lumpur.

niat beli baju raya ‘terkubur’, pengantin 3 bulan maut dalam kemalangan

Foto: Harian Metro

"Mereka cuma cakap nak ke Kuala Lumpur, mungkin nak beli baju raya. Kami tak sangka itu perjalanan terakhir mereka berdua," katanya.

Menurutnya, Shahrul Nizam yang bekerja sebagai penyelia sebuah ladang sawit di Mersing merupakan seorang yang bertanggungjawab, rajin bekerja dan sentiasa melindungi ahli keluarga.

Difahamkan, jenazah Mohamad Shahrul selamat dikebumikan di Sri Lalang, Kluang manakala isterinya, Norsuhada Kartika disemadikan di Mersing.

Untuk makluman, dalam kejadian 6.30 pagi itu, kereta dinaiki pasangan itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh besi penghadang lebuh raya dan melintang atas lebuh raya sebelum dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dari arah sama.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kedua-dua kenderaan terbabit dalam perjalanan dari arah selatan ke utara.

Sumber: Sinar Harian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us