Ada sesetengah pengguna jalanraya yang mempunyai sikap tidak sabar dan akan membunyikan hon walaupun lampu isyarat masih berwarna merah.
Kejadian ini sudah menjadi satu kebiasaan khasnya di India.
Disebabkan itu, Polis Mumbai telah menemui cara bagi mengajar pemandu dan pengguna jalanraya agar tidak membunyikan hon kenderaan mereka khasnya ketika berada dipersimpangan lampu isyarat.
Mereka telah memasang alat perakam bunyi berserta bacaan dan skin paparan bunyi. Jika bunyi yang dirakamkan oleh perakam ini melebihi bacaan decibel yang dibenarkan, lampu isyarat merah akan terus bertambah masa, menyebabkan mereka terus tersekat dalam trafik.
Walaupun ini hanya cubaan awal oleh pihak polis disana, cara ini dilihat sangat berkesan bagi mengajar sikap pemandu atas jalan.
Agaknya boleh try pasang dekat Malaysia tak?
Sumber: The New York Times
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.