Jika anda pernah menghafal nama-nama planet masa zaman sekolah dahulu, Pluto merupakan nama planet kesembilan yang ada dalam sistem suria.
Namun tahukah anda, kini Pluto telah diturunkan tarafnya daripada sebuah planet kepada planet kerdil (dwarf pl, seperti yang dimaklumkan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU).
Menurut IAU, sesuatu objek boleh dikelaskan sebagai planet jika:
1. Mengelilingi matahari.
2. Mempunyai jisim dan graviti yang cukup untuk mencapai keseimbangan hidrostatik (hampir bulat), dan
3. Kawasan sekelilingnya bersih daripada objek-objek yang boleh mengganggu orbitnya.
Jika hanya syarat 1 dan 2 dipenuhi, maka objek tersebut akan dikelaskan sebagai planet kerdil. Contoh planet kerdil adalah Pluto, Eris, Ceres dan Makemake.
Manakala jika hanya syarat 1 dipenuhi, maka objek berkenaan akan dikelaskan sebagai 'Jasad Kecil Sistem Suria'. Contohnya adalah seperti Asteroid, Komet dan Meteoroid.
Pluto pertama kami ditemui pada 18 Februari 1930 oleh Clyde William Tombaugh dan diiktiraf sebagai planet ke-9 sejak ia ditemui. Bagaimanapun, seiring dengan perubahan teknologi cerapan angkasa, status pluto sebagai planet menjadi perdebatan ramai kerana ia mempunyai ciri hampir serupa dengan Eris dan Makemake pada tahun 2005.
Disebabkan perdebatan ini, maka status Pluto sebagai Planet telah diturunkan menjadi planet kerdil.
Sumber: Ini Sains Beb, Library of Congress
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.