Sony akan melancarkan konsol permainan Playstation 5 pada cuti tahun 2020.
Menerusi laman blog Playstation, konsol permainan ini mendapat perhatian ramai khususnya gamer sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1994. Kini ia kembali dengan variasi dan teknologi baharu dalam dunia gaming pada konsol Playstation 5.
Tidak banyak yang diceritakan lagi oleh Sony berkenaan pembaharuan dalam Playstation 5 ini, melainkan teknologi ray-tracing, iaitu teknik yang membenarkan pencahayaan kompleks bersama kesan bunyi dalam persekitaran 3-dimensi.
Selain itu, Sony juga memberikan fokus utama juga pada controller PS5, salah satunya dikenali sebagai ‘adaptive triggers’ yang dipasangkan bersama pada button L2/R2.
Menurut portal Playstation, selain fokus utama pada Playstation5 yang akan dilancarkan nanti, siri permainan video seperti Death Stranding, The Last of Us Part II, dan Ghost of Tsushima pada Playstation 4 juga akan dikongsikan oleh mereka dalam masa terdekat.
Sama-sama kita nantikan ye!
Sumber: Playstation
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.