Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Kaedah Pesakit COVID-19 Ditidurkan Bukan Suatu Pengakhiran, Masih Ada Harapan Untuk Sembuh

Pesakit COVID-19 kategori empat dan lima terpaksa melalui kaedah ini untuk melawan wabak berbahaya itu.
Muhammad Izwan Zainal
11 Aug 2021, 11:47 AM

Pesakit Co­vid-19 diberikan bius untuk ditidurkan masih ada harapan untuk sembuh daripada jangkitan Covid-19 itu.

Menurut Pensyarah Jabatan Kejurute­raan Bioperubatan Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Nahrizul Adib Kadri, kaedah ditidurkan itu digunakan untuk merawat pesakit yang mengalami jangkitan teruk.

kaedah pesakit covid-19 ditidurkan bukan suatu pengakhiran, masih ada harapan untuk sembuh

“Istilah ditidurkan bukan perkara baharu. Ini sebenarnya prosedur biasa. Pesakit menjalani pembedahan juga ditidurkan. Ditidurkan bermaksud memberi pesakit bius sehingga tidak sedarkan diri.

“Namun, dalam kes Covid-19, ia khusus untuk mereka yang mempunyai kandungan oksigen sangat rendah dan tidak mampu dinaikkan selepas diberi oksigen tambahan menggunakan topeng oksigen,” katanya.

kaedah pesakit covid-19 ditidurkan bukan suatu pengakhiran, masih ada harapan untuk sembuh

Tambahnya, tiub pernafasan perlu dimasukkan ke saluran trakea dan proses itu hanya boleh dilakukan dalam keadaan pesakit ditidurkan.

Mesin bantuan pernafasan digunakan untuk menjaga pernafasan pesakit dan untuk menambah oksigen ke dalam darah.

“Selepas oksigen dalam darah stabil, pesakit akan disedarkan. Proses itu bukan secara mendadak sebaliknya bius dikurangkan sedikit demi sedikit sehingga pesakit terjaga,” katanya.

kaedah pesakit covid-19 ditidurkan bukan suatu pengakhiran, masih ada harapan untuk sembuh

Kebiasaannya, hanya pesakit Covid-19 kategori empat atau lima sahaja ditidurkan kerana pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan oksigen lebih daripada biasa akibat kegagalan fungsi organ terutamanya paru-paru, jantung dan buah pinggang.

Kaedah ini juga dilakukan agar pesakit tidak berasa sakit dan melawan proses ventilasi kerana situasi itu boleh menyebabkan trauma pada paru-paru.

Sumber: Kosmo
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}