Perut seseorang manusia itu pasti berbunyi lebih-lebih lagi ketika lapar tetapi jangan risau kerana itu satu perkara yang normal.
Menurut laporan Helo Doktor, anda mungkin mengalami masalah kesihatan sekiranya perut berbunyi itu berlaku dengan tanda-tanda lain.
Berikut adalah antara punca mengapa perut berbunyi;
#1 - Perut berbunyi kerana lapar
Apabila berasa lapar akan berlaku peningkatan sejenis hormon di dalam otak dan hormon ini kemudiannya akan menghantar isyarat kepada usus dan juga perut.
Kejadian kontraksi perut dan usus ini merupakan satu reaksi atau tindak balas normal apabila kita berasa lapar.
#2 - Perut berbunyi selepas makan
Selepas selesai makan, dinding sistem pencernaan akan bertindak supaya makanan yang dimakan itu dapat melepasi perut untuk ke bahagian usus.
#3 - Perut berbunyi kerana gas
Sekiranya terdapat jumlah gas yang besar melalui sistem pencernaan, ia juga boleh menyebabkan perut anda berbunyi.
#4 - Keradangan gastrousus dan juga jangkitan
Keradangan atau jangkitan dalam perut boleh berlaku bagi penghidap penyakit Crohn’s.
Penyakit Crohn’s ialah penyakit keradangan yang kronik pada usus, terutamanya usus besar dan ileum, yang berkaitan dengan ulser dan fistula.
#5 - Halangan dalam usus
Apabila cecair atau gas dalam perut sukar untuk melalui saluran gastrousus, ia boleh mengeluarkan bunyi dalam perut.
Halangan dalam usus ini boleh berlaku disebabkan jangkitan cacing, penyakit keradangan atau hernia (angin pasang).
Sumber: Helo Doktor
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.