Meskipun wabak COVID-19 masih lagi belum berakhir, pertandingan lumba tong sampah tetap diadakan di Ban Jelacic Square, Croatia.

Aktiviti berkenaan adalah sebahagian daripada acara perarakan yang menjadi pembukaan kepada festival tempatan yang diberi nama Cest Is d’Best.
Acara yang julung kali diadakan selepas lebih satu dekad itu juga menyaksikan Gaspar Karamatic berjaya mengalahkan juara 10 kali, Vanja Lojna dalam acara lumba tong sampah.
Festival Cest Is d’Best adalah salah satu festival tertua dibandar tersebut yang juga menampilkan banyak persembahan kesenian, bengkel dan konsert di pelbagai lokasi dalam bandaraya Ban Jelacic Square, Croatia.

Setakat artikel ini ditulis, Croatia telah mencatatkan 8311 jumlah kes positif COVID-19, dengan 173 daripadanya dilaporkan maut.

Sumber: Straits Times
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.