Jika anda pernah ke Taman Rekreasi Perigi 7 Serendah di Hulu Selangor, pasti anda perasan kewujudan tujuh perigi yang berada disini.
Serendah, adalah satu kawasan lembah rendah yang dikelilingi bukit tinggi dan sungai yang mengalir di tengah dan ia kerap melimpah keluar serta membanjiri kawasan sini terutamanya selepas hujan.
Dipetik dari portal Libur, apabila selepas waktu hujan, jumlah air akan menjadi banyak dan tujuh perigi ini akan memainkan peranannya. Pada hari biasa, hanya 1-2 perigi sahaja yang akan dilalui air. Tetapi apabila air banyak, semua telaga akan menyalurkan air keluar.
Persoalannya, kemana air ini pergi?
Perigi ini sebenarnya berfungsi sebagai saliran yang menyalurkan air keluar melalui lorong pintu dan terus ke kolam takungan. Namun begitu, kolam ini dilarang untuk mandi kerana risau dikhuatiri lemas.
Adakah lubang-lubang semulajadi dibawah ini juga bertindak serupa seperti Perigi Tujuh Serendah?
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.