Satu hantaran dilaman Twitter telah menjadi tular kononnya NASA mengeluarkan kenyataan bahawa hari ini semua penyapu mampu berdiri dengan sendirinya kerana tarikan graviti.

Meskipun tiada kenyataan rasmi dari pihak NASA sendiri, cabaran yang mula dikenali sebagai #NASABroomChallenge mulai tular dilaman sosial dan ramai telah mencubanya.
Alasan kenapa penyapu ini mampu berdiri dengan sendirinya tanpa dipegang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tarikan graviti atau sebarang magis, ia hanya berkaitan dengan keseimbangan.
Titik graviti pada batang penyapu adalah rendah, dan disebabkan itu seseorang itu mampu membuat penyapu berdiri tegak tanpa perlu dipegang pada bila-bila masa.
Sumber: CNN
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.