Buat pertama kali dalam sejarah, Piala Dunia FIFA Qatar 2022 bakal menyaksikan kemunculan pengadil wanita dalam acara sukan berprestij dunia itu.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FIFA, Pierluigi Collina, pihak memaklumkan tiga pengadil wanita serta tiga pembantu pengadil wanita bertugas sepanjang acara tersebut yang bakal berlangsung dari 21 November hingga 18 Disember 2022.
Para pengadil tersebut dianggotai oleh warga Perancis Stephanie Frappart, Salima Mukansanga dari Rwanda, serta Yoshimi Yamashita dari Jepun.
Manakala, pembantu pengadil wanita pula terdiri daripada Nueza Back dari Brazil, Karen Diaz Medina dari Mexico, serta Kathryn Nesbitt dari Amerika Syarikat.
Lebih 36 pengadil, 69 pembantu pengadil serta 24 pegawai video telah dipilih oleh FIFA untuk bertugas dalam acara ini.
“Ini mengakhiri proses pemilihan panjang yang bermula bertahun lalu dengan penugasan pengadil wanita ketika perlawanan lelaki junior dan senior FIFA.
“Mereka layak menyertai Piala Dunia FIFA ini atas dasar pencapaian mereka sebelum ini dan ia merupakan faktor penting bagi kami,” katanya.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.