Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Penduduk Tak Tahan Sekumpulan Monyet Serang Kediaman Ketika Tidur, Serik Diganggu

Bahayanya sampai ada kes gigit!
27 May 2022, 06:00 PM

Tidur tak senang, itu luahan penduduk Kampung Tian apabila lebih lapan ekor monyet menyerang dan menggigit ketika sedang tidur di rumah mereka.

penduduk tak tahan sekumpulan monyet serang kediaman ketika tidur, serik diganggu

Menurut penghulu kampung, Saleh Napi, beliau mengesahkan kejadian itu apabila menerima aduan dan kejadian itu berlaku lebih dua minggu lepas.

"Tidak diketahui apa punca monyet-monyet ini bertindak agresif dan menyerang penduduk kampung terlibat yang berusia dalam lingkungan 40-an hingga 80-an.

"Mereka mengalami luka di beberapa bahagian badan," katanya.

penduduk tak tahan sekumpulan monyet serang kediaman ketika tidur, serik diganggu

Malah, sekumpulan monyet itu bertindak agresif apabila memasuki rumah mereka melalui tingkap.

Penduduk kampung mengambil langkah berjaga-jaga dengan memasang perangkap di kawasan strategik yang berhasil menangkap seekor monyet.

Pihaknya juga melaporkan kejadian tersebut kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) yang telah bertindak menghantar satu pasukan untuk memasang perangkap.

"Kita juga telah melaporkan kejadian itu kepada pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi mendapatkan bantuan," ujarnya.

Sumber: Bernama
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}