Penduduk sekitar pantai barat pulau Sumatera berlari meninggalkan kediaman masing-masing apabila kawasan mereka dilanda satu gempa bumi awal pagi ini.
Kejadian berlaku kira-kira jam 4.06 pagi (waktu tempatan) pada kedalaman 21 kilometer (km) dengan gempa sekuat 6.7 pada skala Richter.
Menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa pula berada pada 167 km barat bandar Pariaman.
“Gegaran gempa terasa selama satu minit pada kadar sederhana. Orang ramai yang panik keluar meninggalkan kediaman masing-masing.
“Gegaran itu diikuti oleh beberapa gegaran susulan yang kuat,” kata Badan Nasional Tindakan Bencana (BNPB).
Malah, Pusat Amaran Tsunami Pasifik juga memaklumkan dan memberi amaran bahawa gempa bumi tersebut bolen menyebabkan berlakunya tsunami, namun amaran tersebut ditarik balik.
Menurut Ketua Mencari dan Menyelamat Nias, Agus Wibisono, pihaknya memaklumkan akan terus membuat pemantauan terhadap potensi gegaran gempa bumi yang akan berlaku dari semasa ke semasa.
“Berdasarkan laporan terbaharu, tiada kerosakan atau mangsa, namun kami akan terus membuat pemantauan. Gegaran masih kuat dirasai di pulau Nias Selatan,” katanya.
Sumber: Kosmo Online, AFP News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.