Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP Hanya Melalui Portal Istimewa, Elak Pencarum Keliru

Haaa korang dah decide ke nak mohon tu?
Muhammad Izwan Zainal
29 Mar 2022, 04:21 PM

Pencarum yang mahu membuat pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menerima bayaran secara one-off bermula 20 April ini.

permohonan pengeluaran khas kwsp hanya melalui portal istimewa, elak pencarum keliru

Menerusi kenyataan KWSP, permohonan tersebut dibuka bermula 1 April 2022 hingga 30 April 2022 kepada ahli di bawah umur 55 tahun.

“Pembayaran akan bermula pada 20 April ini dalam satu bayaran sahaja dan dikredit ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli. Ahli perlu memastikan akaun bank mereka adalah aktif dan di bawah nama ahli sendiri.

“Akaun bersama atau yang didaftarkan di bawah nama syarikat adalah tidak dibenarkan. Semakan status permohonan boleh dibuat bermula 9 April 2022 melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my,” katanya.

Malah, ahli digalakkan untuk menyemak baki simpanan KWSP mereka melalui i-Akaun (Ahli), aplikasi mudah alih i-Akaun atau Kios KWSP sebelum mengemukakan permohonan.

Jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000 dan minimum RM50. Ahli juga perlu menggunakan sepenuhnya baki dalam Akaun 2 sebelum mengakses Akaun 1 mereka.

Pihaknya juga ingin pencarum membuat pertimbangan terhadap jaminan pendapatan mereka dan hanya mengeluarkan simpanan jika benar-benar perlu sahaja.

“Ahli boleh berjumpa dengan Pegawai Khidmat Nasihat Ahli di cawangan KWSP seluruh negara untuk mendapatkan nasihat percuma mengenai simpanan KWSP mereka,” ujarnya.

Sumber: Kosmo Online
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}