Seorang pemilik restoran kecewa apabila dianiaya pelanggan yang tidak datang ke restorannya selepas membuat tempahan untuk berbuka puasa.
Peniaga yang dikenali sebagai Nor Fazilah memaklumkan pelanggan bernama Ayu membuat tempahan untuk 9 orang dan pelbagai jenis hidangan lauk yang ditempah.
Menerusi video yang dikongsi di laman TikTok, pihaknya telah menyiapkan hidangan seperti yang diminta oleh pelanggan namun mereka tidak muncul di kedai biarpun sudah menelefonnya berkali-kali.
“Call sampai sudah tak angkat. Bulan-bulan mulia pun sanggup menipu,” katanya.
Malah, peniaga itu juga sedih kerana pihaknya bertungkus lumus untuk menjalani perniagaan dalam situasi begini.
Rata-rata warganet turut bersimpati dengan situasi pemilik restoran tersebut dan menyelar tindakan pelanggan yang tidak bertanggungjawab tersebut.
“Tak baik buat peniaga macam tu, dah lah semua,” kata seorang warganet.
“Berapakah kak jumlah semua makanan itu, biar saya bayarkan,” ujar seorang warganet yang ruang komen.
“Kesian dengan akak, lain kali minta pelanggan deposit dahulu supaya pelanggan betul-betul nak datang makan di kedai,” kata pengguna TikTok.
Sumber: Oh Media
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.