Seorang wanita berusia 26 tahun dikenakan denda ikat pada sebatang pokok selepas membiarkan perabot majikannya terdedah pada cahaya matahari dalam tempoh masa yang lama.
Kejadian yang terjadi di Arab Saudi ini menunjukkan wanita yang berasal dari Filipina diikat pada batang pokok dan dibiarkan berjemur dibawah matahari, sebagai denda akibat daripada kecuaiannya.
Menurut NextShark, foto yang diambil oleh rakan sekerjanya itu jelas menunjukkan tindakan kejam majikannya dan mendapat perhatian kedutaan Filipina disana. Satu laporan telah dibuat, dan wanita berkenaan telah dibawa pulang ke Manila pada pangkuan keluarganya disana.
"Terima kasih banyak kepada semua orang yang membantu saya. Saya juga ingin meminta bantuan kepada orang Filipina lain yang tinggal di sana. Mereka adalah orang yang membantu saya dan memuat naik gambar saya. Saya takut untuk keselamatan mereka. Saya harap mereka dapat diselamatkan juga.”, kata wanita ini selepas diselamatkan.
Sumber: Nextshark
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.