
Minggu lalu, tular dilaman sosial apabila seorang pemandu dituduh menculik seorang penumpang didalam kenderaan miliknya di Singapura.
Walaupun ramai yang mengecam tindakan penumpang berkenaan, namun menurut sumber, pemandu berusia 49 tahun berkenaan, Kamaruzzaman Abdul Latiff, dilaporkan telah dikenakan tindakan saman oleh Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA).
Tambah lagi, pemandu tersebut juga dikatakan akan di ban daripada memandu kerana telah menyebarkan video perbualan bersama penumpang.
"Di bawah peraturan LTA, PHV (kenderaan sewa swasta) tidak dibenarkan meletakkan sebarang kamera atau peranti rakaman ke arah penumpang dan Abang (Kamaruzzaman) telah melanggar Akta Jalan Raya dengan memuat naik video perbalahan dan berkongsi perbualannya dengan penumpang awam. "
Disebabkan ini, satu petisyen telah dilancarkan bagi menyelamatkan pemandu tersebut dengan mensasarkan 100,000 tandatangan. Sehingga artikel ini ditulis, sebanyak lebih 60,000 telah menandatangani petisyen berkenaan.

Ramai juga telah memberikan sokongan kepada abang driver pada ruang komen di petisyen tersebut.

Sumber: World of Buzz
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.