Artikel ini ditaja oleh ASNB
Kredit: ASNB
Sejak tercetusnya pandemik dua tahun lalu, ramai sebenarnya dah mula sedar betapa pentingnya simpanan dan juga pelaburan.
Ye lah, masa pandemik macam-macam berlaku terutama membabitkan soal kewangan.
Jadi, kepentingan pengurusan kewangan inilah yang kita mahukan dan bagusnya ramai semakin ‘buka minda’ dengan selok belok pelaburan.
Tapi dalam pada ramai yang rancak melabur sana sini, ramai juga sebenarnya takut-takut.
Macam-macam persoalan, ada yang risau rugi teruk, risiko besar, malah takut tertipu dengan scam!
Haaa sebab itulah Amanah Saham Bumiputera (ASB) saluran terbaik buat korang!
Kenapa kena melabur kat ASB?
Ada banyak sebab korang kena melabur kat ASB ni. Jom lihat kelebihan ASB yang tak ada pada pelaburan lain!
#1 Pelaburan Yang Pelbagai Atau ‘Diversified’
Unit amanah adalah pelaburan yang pelbagai yang mana unit amanah itu sendiri dilaburkan dalam pelbagai sektor dan portfolio, seperti dalam ekuiti (saham), hartanah, bank dan pelbagai aset lain.
Melabur dalam unit amanah, pelabur berpeluang memperoleh pulangan dalam bentuk agihan pendapatan tahunan.
ASB adalah salah satu unit amanah yang sesuai untuk mereka yang baru nak mula kerana ia adalah unit amanah harga tetap.
Banyak sebenarnya kelebihan menyimpan dengan ASB, antaranya pelaburan ini adalah unit amanah dengan harga tetap dan tidak berubah jadi modal pelaburan kekal RM1 pada bila-bila masa.
#2 Pelaburan Yang Dipercayai
Kredit: ASNB
Sekarang ni memang banyak jenis pelaburan, tetapi apabila memilih penting untuk mencari pelaburan yang boleh dipercayai.
Kalau nak pilih pelaburan, bukan hanya tengok pulangan semata-mata, carilah pelaburan yang diuruskan oleh professional dan dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti.
Lagipun, semakin banyak scammer yang menawarkan pulangan tinggi tapi akhirnya lesap duit yang dilaburkan itu.
ASNB merupakan syarikat unit amanah terbesar di Malaysia yang setiap tahun kita akan tunggu pengumuman dividen ASB. Malah, setiap tahun ASB tak pernah lagi tak beri dividen.
Jadi, tak hairanlah ASB ini unit amanah yang dipercayai oleh rakyat Malaysia.
#3 Risiko Rendah
Kredit: Canva
Pelaburan ada turun naiknya, bergantung kepada turun naik pasaran saham. ASB ni risiko rendah kerana pelabur dapat mengekalkan modal pada tahap toleransi risiko yang minimum.
Nak buka akaun ASB hanya dengan RM10, dan untuk tambah pelaburan bermula pada RM1.
Dengan nilai ASB kekal pada RM1 seunit, jadi sesuailah bagi yang nak mula melabur tapi tak nak rugi.
#4 Peluang Kembangkan Pelaburan
Paling best melabur dalam ASB ini sudah tentulah nilai dividennya! Setiap hujung tahun dah macam pesta menunggu kadar dividen.
Namun, sebenarnya dengan agihan pendapatan tahunan ini, korang boleh kembangkan lagi pelaburan tu biar jadi banyak bertimbun-timbun!
Haa macam mana tu? Apabila terima dividen setiap tahun, biarkan sahaja dividen tersebut dikekalkan dalam akaun ASB.
Tahun-tahun berikutnya nanti, modal pelaburan akan bertambah dan semakin bertambah dengan dividen. Itulah kuasa kompaun yang dapat menggandakan pelaburan dalam masa yang panjang.
#5 Terbaik Untuk Masa Depan & Simpanan Kecemasan
Kredit: ASNB
Habis jer pandemik, confirm semua tersentak dan mula sedar untuk lebih berjimat cermat termasuklah menabung untuk simpanan kecemasan kan?
Menariknya ASB ni, pelabur juga boleh membuat pengeluaran disaat memerlukan.
Kalau korang rasa nak keluar, boleh keluarkan di kaunter atau online. Sangat fleksibel dan tak perlu tunggu lama untuk dapatkan tunai.
Untuk ibu bapa pula, jangan tak tahu pelaburan ASB pun digunakan sebagai tabungan untuk pelaburan anak-anak seawal mereka mempunyai sijil kelahiran sah.
Boleh simpan duit raya anak-anak dalam ASB sebagai persediaan pendidikan mereka nanti.
p/s: Kempen Labur Raya khas untuk pelaburan anak-anak masih berlangsung sehingga 31 Julai ini. Labur duit raya anak-anak pun berpeluang dapat hadiah utama sehingga RM5,000!
Korang boleh check out di sini 👉 Labur Raya.
#6 Pantau Portfolio Dengan myASNB
Kredit: ASNB
Nak mudah lagi, korang sebenarnya boleh buat pelaburan di hujung jari jer, mudah! Hanya perlu daftar di myASNB bagi memudahkan korang mengakses akaun secara online.
Paling best korang boleh akses portfolio unit amanah, pelaburan tambahan, melihat baki semasa, rekod transaksi, muat turun penyata dividen, kemudahan Auto Labur, wakaf, Target Labur dan pengeluaran online. Perghhh all in one!
Jadi macam mana nak mula melabur?
Mudah je, korang sebenarnya boleh mula melabur menerusi banyak cara!
Ada 32 cawangan ASNB di seluruh negara, gabungan ejen ASNB pun banyak macam Pos Malaysia, Maybank, RHB Bank, CIMB Bank,BSN, Affin Bank, Ambank, Bank Muamalat, Alliance Bank dan Bank Islam.
Malas pergi kaunter? Boleh buat pelaburan online menerusi myASNB.
Kredit: ASNB
Untuk yang selalu lupa nak simpan duit tu, boleh guna function Auto Labur untuk pelaburan automatik serendah RM30 setiap bulan! Boleh check out sini 👉 Auto Labur.
So, mudah bukan? Nak tahu lagi good news?
Kalau korang melabur secara tunai bermula sekarang hingga 31 Disember 2022, korang auto layak untuk sertai kempen Kumpul & Menang dan berpeluang menang hadiah lebih RM1 juta!
Sambil melabur, sambil menang hadiah! Sounds good bukan?
Kredit: ASNB
Sebanyak 930 pemenang setiap bulan dan 106 pemenang bagi hadiah utama. Bukan tu je, 100 pelabur milenial yang berumur 18 sehingga 30 tahun boleh membawa pulang e-baucar bernilai RM30!
Menarik kan! Jadi apa tunggu lagi?
Let's melabur dengan pelaburan ASB, kumpul dan menang! Ingat kempen hebat ini berakhir 31 Disember 2022 ya.
Layari ASNB untuk info lanjut!