Selepas acara bola jaring yang menang emas di Sukan SEA KL 2017, acara yang menjadi perhatian seterusnya adalah futsal.
Perhatian mungkin lebih terjurus kepada penjaga gol futsal wanita kebangsaan, Niena Azman, yang tidak asing lagi dalam bidang futsal wanita negara.
Dipetik daripada Utusan Online, Niena Azman, 30, yang juga jurulatih futsal di Academia de Futsal dan Putra Ria FC memberitahu, penglibatan serius dalam sukan itu bermula setelah mendapati terdapat banyak kritikan tentang ketidakmampuan wanita untuk menguasai sukan berkenaan.
Memegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dari Universiti Malaya, Niena Azman pernah juga menerima anugerah Penjaga Gol Terbaik di Karnival Sepak Wanita Malaysia dan di peringkat institusi pengajian tinggi awam (IPTA)
Foto: Instagram Niena Azman
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.