Seorang lelaki di Chicago yang menggunakan seluar panjang beku untuk cop parking telah menarik perhatian orang ramai terutama di media sosial.
Lelaki yang dikenali sebagai Adam Seltzer dari West Ridge telah meng-upload gambar seluar panjang beju ke dalam Twitternya. Lebih menarik lagi apabila seluar tersebut berada dalam keadaan berdiri.
Sebenarnya, konsep cop parking itu biasa sahaja dalam kalangan penduduk Chicago. Penduduk dekat situ selalu menggunakan kon atau kerusi untuk menandakan parking.
Seltzer berkongsi caranya menggunakan seluar tersebut untuk dijadikan cop parking . Hanya basahkan sepasang seluar dan letakkan di luar rumah. 20 minit kemudian seluar tersebut akan mengeras kerana sejuk.
Selepas ini dia bercadang untuk menggunakan baju pula untuk melengkapkan set pakaian tersebut.
Sumber dan gambar: KOSMO
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.