Selepas hampir setahun dilahirkan, anak ketiga pasangan panda gergasi dari China, Xing Xing dan Liang Liang, dinamakan sebagai Sheng Yi.
Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, pihaknya memaklumkan nama tersebut pada satu majlis.
Menariknya, keamanan dan persahabatan membawa maksud kepada nama anak panda itu.
"Hari ini adalah hari bersejarah bagi hubungan diplomatik Malaysia dan China apabila anak ketiga pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang yang dilahirkan 31 Mei 2021 dinamakan," katanya.
Malah, Malaysia berharap kelahiran Shen Yi juga dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan juga China.
Perjanjian Kerjasama Antarabangsa Konservasi panda gergasi di antara Malaysia dan China melalui Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China (CWCA), dimeterai untuk tempoh 10 tahun bermula 2014.
Terdahulu, pasangan panda gergasi itu juga pernah melahirkan dua lagi anak iaitu Nuan Nuan pada 2015 dan Yi Yi pada 2018.
Namun, Nuan Nuan sudah dihantar pulang ke China pada 14 November 2017 manakala urusan penghantaran Yi Yi pada 2020 terpaksa ditangguhkan selepas China terpaksa menutup pusat konservasinya akibat pandemik COVID-19 ketika itu.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.