Kini menjadi trend, motosikal jenis Yamaha Y15ZR atau lebih dikenali sebagai Ysuku, ditunggang oleh anak muda termasuk selebriti tanah air.
Namun, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman kini sedang memberi tumpuan terhadap trend motosikal Ysuku yang diubahsuai bagi tujuan perlumbaan.
Motosikal yang tidak mengikut spesifikasi dan diubah secara haram adalah melibatkan beberapa komponen, seperti:
- Buang cermin sisi
- Tukar warna lampu hadapan.
- Tukar ECU untuk tambah kelajuan dan membuang cut-off
- Tukar saiz rim dan tayar
- Tukar blok enjin.
- Tukar coverset motosikal sehingga mengubah identiti.
- Tukar sistem ekzos yang menyebabkan bunyi bising.
- Tanggal penutup rantai.
Dalam operasi yang dilakukan mendapati banyak tangkapan membabitkan penunggang motosikal jenis Ysuku dan jumlah tersebut semakin meningkat.
Sumber: [1]
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.