Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong James akan menggayakan kostum ‘Kampungku’ ke pentas ratu cantik nombor satu dunia, Miss Universe 2020.
Acara penuh gemilang itu akan berlangsung pada 16 Mei ini di Florida, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia akan diwakili Francisca Luhong James.
Konsep kemeriahan suasana kampung diterapkan Carven Ong selaku pereka kostum yang cukup dekat di hati masyarakat Malaysia.
Kostum itu dibuat menyerupai landskap rumah tradisional kampung dengan elemen penuh nostalgia dan hanya mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan.
Kostum seberat 45 kilogram itu diselitkan replika ayam, pokok kelapa, basikal tua dan banyak lagi, selain dua gaun bakal diperagakan Francisca untuk kostum itu.
Gaun pertama mempunyai motif pua dari Sarawak dan berwarna hitam putih, manakala gaun keduanya berwarna emas dengan sarung kepala replika anak patung rekaan Wesley Hilton.
Sepanjang penganjuran Miss Universe, pertandingan kostum merupakan segmen terpenting dalam acara terkemuka dunia itu.
Sebelum ini, Shweta Sekhon memperagakan kostum makanan kaum Peranakan dipertandingkan Miss Universe Malaysia 2019.
Pelbagai kontroversi tercetus apabila kostum itu diangkat sebagai kostum terbaik namun bertahan empat jam sahaja.
Keputusan ditarik semula organisasi Miss Universe dan mengesahkan kostum Filipina adalah pemenang sebenar.
Terdahulu, kostum Menara Berkembar KLCC, Nasi Lemak, Perahu Bangau, dan Dewi Kenyalang pernah dipertandingkan di acara.
Gadis kelahiran Kuching, Sarawak itu dinobatkan pemenang Miss Universe Malaysia 2020 pada September tahun lalu.
Francisca juga mencipta sejarah menjadi gadis pribumi asli pertama memenangi gelaran terbabit.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.